St. Augustine Parish Kinarut

TATACARA PERMOHONAN PARA LITURGI PERTUNANGAN BAGI PAROKI ST AUGUSTINE KINARUT

Untuk memohon PARA LITURGI PERTUNANGAN pasangan yang akan bertunang hendaklah memberi maklumat peribadi melalui google.form (diisi sekurang-kurang 1 bulan sebelum Tarikh pertunangan) untuk rujukan pihak Gereja.

Link google form https://forms.gle/SYhXBga2CD1ppC8PA

Sila ambil perhatian bahawa perkara-perkara berikut boleh menyebabkan Para Liturgi Pertunangan tidak dapat diadakan.
1)      Salah seorang pasangan pernah berkahwin di Gereja Katolik dan isu perkahwinan pertama belum lagi diselesaikan @ pelanggaran Hukum Kanonik Perkahwinan.   Harus merujuk perkara ini kepada Tribunal Perkahwinan Diosis Agung Kota Kinabalu.
2)      Pasangan yang pernah berkahwin mengikut adat kampung atau di Mahkamah Anak Negeri dan telah bercerai perlu ada surat cerai yang sah.
3)      Pasangan perempuan didapati sudah berbadan dua.
4)      Pasangan sudah berkesedudukan bersama.
5)      PERTUNANGAN adalah secara TUNANG-KAHWIN

Walaupun Para Liturgi tidak dapat diadakan, kehadiran Katekis adalah hanya untuk memimpin doa makan sahaja.

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi:-

1.Kat Justin Theodore Tambud
Pengerusi Majlis Pastoral
Paroki St Augustine Kinarut
Telefon: 011-12081487

2.Cyril Calestus
Koordinator
Komiti Kerasulan Keluarga (FLA)
Paroki St Augustine Kinarut
Telefon: 013-6340806

3.Pejabat Mission
Paroki St Augustine Kinarut
Telefon: 011-54245733