St. Augustine Parish Kinarut

PIHAK GEREJA ST. AUGUSTINE, KINARUT MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PARA CALON YANG TELAH BERJAYA DITERIMA SEBAGAI ASPIRANT BAGI TAHUN 2026

Dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan, pihak Gereja St Augustine Kinarut ingin memaklumkan bahawa seramai tiga calon telah berjaya diterima sebagai Aspirant bagi tahun ini.

Nama-nama calon yang terpilih adalah:
• Mackelvin Munis
• Clement Daromi
• Rayner Stanley Siprin

Pihak gereja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para calon yang terpilih. Diharapkan mereka dapat menjalani tempoh pembentukan dan pelayanan ini dengan penuh komitmen, kerendahan hati, serta kesetiaan kepada panggilan Tuhan.
Sehubungan dengan itu, pihak gereja juga mengalu-alukan seluruh umat untuk terus memberikan sokongan dan doa agar para aspirant ini sentiasa dipimpin oleh Tuhan, diberi kekuatan rohani, kebijaksanaan, dan ketekunan dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan.
Kiranya segala usaha dan pelayanan yang dilakukan dapat memuliakan nama Tuhan serta membawa pertumbuhan kepada gereja dan komuniti.
Tuhan memberkati.